Dec 9, 2009

KISAH 47

Akram: Nisa? Kenapa ni?

Nisa: Ah, takde apa-apa bang. Terkejut agaknya.

Akram: Sekejap. Abang ambil air minum untuk Nisa.

Lelaki itu menghilang di balik pintu sebelum muncul semula dengan segelas air di tangan. Tanpa banyak bicara, aku mengambil gelas itu dan meneguknya laju. Aliran cecair sejuk itu menuruni tenggorokku pantas, menghadirkan semula segar yang baru cuba-cuba berlindung di balik kegelapan sekejap tadi.

Akram: Lajunya Nisa minum. Risau abang Nisa tersedak tadi.

Nisa: Heheh. Spontan. Tak tahu tengah fikir apa tadi. Sambung balik. Kak Aina nak buat apa sampai dia simpan gambar Nisa banyak-banyak macam ni?

 Akram: Soalan yang sama juga pernah arwah tanyakan pada Aina masa tu. Iyalah, siapa tak terkejut kalau kawan baik sendiri simpan beratus-ratus keping gambar isteri dia dalam sampul yang besar macam ni, kan? Nisa betul boleh terima lagi ni?

Nisa: Boleh bang, teruskan je. Takpe. Nisa okey lagi.

Akram: Lepas tu, mengamuk sakanlah arwah. Habis semuanya dia tanyakan pada Aina, termasuklah hal tentang cerita Nisa dengan abang.

Nisa: Maksud abang, cereka palsu pasal kisah cinta kita tu?

Akram: Iya, tentang hal tu. Selama ni, Shah dapat macam-macam gambar dan maklumat dari seorang yang misteri. Kononnya Nisa selalu jumpa abang di belakang Shah. Tapi dia tak ambil pusing semua tu, sampailah dia nampak Nisa cakap-cakap dengan abang di hospital. Masa tu ayah tengah koma.

Nisa: Ooo. Nisa dah faham. Patutlah Abang Shah dah mula lain macam masa di hospital lagi. Nisa ingat sebab dia risaukan ayah sangat-sangat. Rupanya ada sebab lain. Tapi, Kak Aina ke yang buat semua ni bang? Macam tak percaya je? Kenapa dia sanggup buat semua ni?

Akram: Entahlah Nisa, abang tak tahu punca semua ni. Tapi, ikut apa yang Shah bagitahu memang Aina yang mulakan segalanya sebab dia benci Nisa. Dia mengaku semua masa Shah gertak dia dengan gambar-gambar ni. Kecoh jugalah pejabat masa tu, sampai abang terpaksa turun padang huraikan semua staf lain. Nasib juga arwah tak buat apa-apa pada si Aina tu. Kalau tak, mahu arwah dia.

Nisa: Sekejap abang. Sejak bila Abang Shah rapat balik dengan Kak Aina? Rasanya sejak kami kahwin hubungan mereka berdua dah lama tak baik, kan?

Akram: Abang pun tak pasti bila. Tau-tau dua orang tu dah baik balik. Dah rapat. Sebab tu abang tak kisah sangat dia datang melawat ayah selalu di hospital dulu.

Nisa: Oo. Macam tu rupanya. Teruknya. Nisa tak tau nak cakap apa. Semua ni langsung Nisa tak pernah jangka. Nisa ingat dia dah insaf masa dia datang tengok Ayah abang tu.

Akram: Abang pun fikir hal yang sama. Cuma masa tu abang takde masa nak layan dia. Abang tengah sedih sangat pasal ayah. Jadi, lepas ni apa Nisa nak buat?

Badanku menggigil. Menahan marah. Sekejap aku berdiri. Kemudian duduk semula. Tak lama, aku bangun lagi sebelum duduk kembali. berulang-ulang kali. Mencuba yang terbaik untuk membuang kemarahan yang sedang mencari akar untuk bertapak di ruang sanubari. Aku takut. Takut gagal mengawal perasaan kali ini seperti sebelumnya. Bagaimana ya? Tanyakan dahulu pada Abang Akram.

Nisa: Apa Nisa nak buat? Entahlah. Nisa tak tau. Nisa buntu. Apa yang patut Nisa buat bang?

Akram: Abang harap Nisa tak ambil apa-apa tindakan yang boleh mendatangkan mudarat pada Nisa dan Aiman. Kalau nak buat apa-apa, tanya abang dulu. Kalau tak nak bincang dengan abang pun, Nisa bincang dulu dengan ayah Nisa. Jangan ambil tindakan tanpa fikir panjang. Nanti Nisa nak menyesal pun dah tak mendatangkan faedah. Fikirkan Aiman sebelum Nisa ambil sebarang keputusan. Fikir banyak-banyak kali. Timbangkan semua baik buruk yang ada.

Nisa: Baik bang. Terima kasih ingatkan. Terima kasih juga sebab abang tolong maklumkan hal ni pada Nisa.

Akram: Sama-sama. Dah tanggungjawab abang. Arwah pesan suruh abang jaga Nisa baik-baik. Untuk amanah arwah tu, abang harap sangat Nisa tak ulang tindakan yang berbahaya untuk nyawa Nisa. Selalu ingat Allah tu Maha Adil, Maha Penyayang, Maha Kuasa. Jangan ikutkan sangat fikiran kalau tengah berserabut atau marah. Nanti semuanya serba tak kena. Hati pun jadi tak senang.

Nisa: Insya-Allah. Nisa harap Nisa tak lupa pesanan abang. Doakan Nisa boleh terima kalau suatu hari nanti terpaksa mendepani Kak Aina.

Kami mengakhirkan perbincangan hati ke hati itu bersaksikan emak. Nasihat panjang dari Abang Akram aku pasak kuat-kuat dalam hati, supaya tidak tergelincir lagi. Selepas dia pulang, emak memegang bahu aku kuat, sebagai isyarat yang dia menyokong aku. Juga sebagai amaran supaya jangan berbuat yang tidak-tidak. Nisa faham, mak. Mak jangan risau. Nisa takkan buat mak dan ayah susah hati lagi. Nisa tak mahu ayah Kamal sakit sebab risaukan Nisa. Nisa akan kuatkan diri, tabahkan hati terima semua ni.

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape