Feb 18, 2011

Aku, Makmal dan Mata Panda..

Assalamualaikum, semoga kawan-kawan semua sihat dan sentiasa sejahtera dalam rahmat Tuhan.

Sekarang, aku sedang duduk bersendirian di dalam makmal walaupun jam sudah 10 malam. (Wah, rajinnya! Sebenarnya ada sahabat di meja depan, haha. Saja bagi dramatik) Hari ini, hari kedua aku bekerja sampai tengah malam (ya, sangat penat, badan berbau). Tapi, kalau tak dipecahkan ruyung, dari mana hendak mendapat sagunya, kan? (Kiranya ruyung tu kerja-kerja makmal, dan sagu itu adalah membran yang baik dengan hasil yang cantik!)


Ya, aku mahu grad tahun ini! Itu matlamat yang tidak pernah padam dari hati. Disebabkan itu, aku menangguhkan kerja-kerja penulisan manuskrip novel (Sekuel Lelaki Berbaju Biru, Mahar Rindu Ayahanda dan Demi Cita-cita dan Cinta) dan urusan-urusan lain yang melibatkan penulisan aku buat pada kadar paling minimum (boleh percaya ke ni?, percaya sajalah!).

Terkadang, aku selalu berangan mahu menjadi seorang yang boleh buat banyak perkara pada satu masa. Maksudnya, aku buat kerja-kerja makmal pada siang hari kemudian aku menulis manuskrip pada malamnya. Tapi sekarang, aku buat kerja makmal sampai tengah malam! Haruskah aku menjadi burung hantu yang berjaga sampai pagi dan menulis? (Nanti aku bermata panda, huhu. Kalau itu terjadi, aku perlu stok eye-roll Garnier yang banyak supaya mata aku kekal cantik dan segar, hahaha)



4 comments:

Khair said...

Garnier !

Ya, mata panda itulah yang akan membuahkan hasil yang paling bermakna nanti akan datang. Insya-Allah. Pecahkan tembok batu sepuluh kaki itu agar dapat menyeberang ke sebelah sana. Ke ruangan yang kita inginkan, kita mahukan. Amin, boleh!

rahmah said...

Garnier, ukurlah sendiri! :D

Tapi bila fikir-fikir mata panda itu comel kan?
Tembok yang tebal itu sudah retak perlahan-lahan, yeay!
Amin!

Latifah said...

chaiyok chaiyok Rahmah!
tak sabar menanti buku terbaru =)
dalam proses membaca novel Lelaki Berbaju Biru buat kali kedua.

apapun, semoga segala urusanmu sentiasa dipermudahkan yang Esa, insyaAllah.

~ohhh mata panda sangat comel~

rahmah said...

Kak Latifah: Terima kasih!
Membaca kali kedua? Terima kasih sekali lagi! (Mohon semak sekali kesalahan ejaan ya?)

Insya-Allah, akan diusahakan.. Terpaksa tangguh supaya konsentrasi untuk penyelidikan tidak lari..

Heheh.. ya, comel!

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape