Jan 4, 2012

KURSUS PENULISAN : SESI SOAL JAWAB

Dengan nama Allah.
Assalamualaikum warahmatullah.

Sekali lagi, entri ini berkait dengan Kursus Asas Penulisan Novel (Offline) yang aku hadiri tanggal 2 Januari lalu.


Walaupun sempat hadir hanya pada hari kedua, tetapi aku sempat bertanyakan soalan kepada Cikpuan Guru yang gigih dan sabar menjawab.

Antara soalan yang sempat aku tanyakan (cara aku tanya tidaklah formal tetapi ayat-ayat di bawah sudah aku edit supaya memudahkan kefahaman rakan-rakan):


1) Bagaimana teknik terbaik bagi menulis review (filem, buku, dll)?

Jawapan cikgu yang baik hati:
- Biasakan menulis review dengan puji-kritik-puji. Sangat jarang orang melakukan hal ini, iaitu memuji setelah memberi kritikan. Kemudian, sertakan cadangan setelah mengkritik. Sebabnya, kita mengkritik kerana ada sesuatu yang dirasakan tidak sesuai dan kita tidak bersetuju dengan hal itu. Jika tidak, usah kritik. 

2) Jika mahu perkenalkan watak, adakah perlu terus meletakkan nama watak atau ada kaedah yang lebih baik?
- Sebaik-baiknya, terus letakkan nama watak bagi memudahkan penulisan. Tujuannya, kita dapat mengurangkan penggunaan 'nya' di dalam ayat. Maka, ayat akan lebih 'sedap' ditulis dan dibaca. Selain itu, ia dapat mengurangkan tahap kekeliruan penulis dan editor juga.

Ini sahaja yang dapat dikongsikan bagi kategori ini. Input lain, insya-Allah aku tambah nanti. Semoga memanfaatkan!
^^_  

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape