Jan 1, 2014

Ciri-ciri Peniaga yang baik

Assalamualaikum. Apa khabar? Semoga sejahtera dan bahagia selalu. Sudah lama benar saya tak update laman ini. 

Baru-baru ini saya ada bertanya kepada seorang rakan mengenai hadith yang berkaitan perniagaan. Dia berikan saya pautan ini: http://abufawaz.wordpress.com/2012/04/10/hadits-hadits-shohih-tentang-keutamaan-perniagaan-dan-pengusaha-muslim/

Dari laman tersebut, saya jumpakan hadith ini:
Dari Rafi' bin Khadij RadhiAllahu 'anhu, ia berkata; Ada seorang bertanya, "Penghasilan apakah yang paling baik, wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab, "Penghasilan seseorang dari jerih payah tangannya sendiri dan setiap jual beli yang mabrur." (Hadith riwayat Ahmad)

----------------------------------------
Jadi, mari kita bercakap pasal perniagaan. Kepada yang sudah berniaga, selamat maju jaya dan semoga setiap urusniaga yang dilakukan mendapat rahmat Allah.


Apa ciri-ciri peniaga yang baik? Berikut antara ciri peniaga yang baik.
1. Mudah berurusan. 
Saya suka berurusan dengan peniaga yang mudah memberi respon setiap kali pelanggan bertanya. Seronok mahu laburkan wang kepada penjual yang baik hati dan sabar melayan pertanyaan pelanggan yang bermacam-macam.

2. Jujur
Setiap urusniaga yang dibuat dinyatakan secara jelas. Peniaga tidak menipu atau menjual barang yang diketahui rosak kepada pelanggan.

3. Tidak pentingkan diri
Peniaga yang tidak bersandarkan keuntungan semata-mata, sebaliknya ia turut menekankan kesenangan bersama. Ia tidak hanya menjual barang bagi mendapat untung, tetapi turut memberitahu para pelanggan mengenai kebaikan produk jualannya. Ia juga memastikan barangan yang diniagakan memberi manfaat kepada pelanggan.

4. Jual barangan halal dan baik
Sebagai orang Islam, aspek halal hendaklah diutamakan. Halal dan baik. Ia bermakna barangan itu halal dan tidak memberi mudarat kepada orang yang mengguna / memakannya. Ia tidak hanya memberi kebaikan kepada orang Islam, tetapi barangan halal memanfaatkan semua golongan.

5. Tiada monopoli
Bersaing tidak sama dengan monopoli. Dalam sebuah persaingan yang sihat, peniaga akan saling membantu dan memanfaatkan satu sama lain. Perniagaan adalah perkongsian. Apabila berkongsi, lebih banyak perkara dapat dibincang dan diperbaiki. Sikap menguasai tidak mendatangkan faedah jangka panjang kepada dua-dua pihak.

Rujukan: http://blog.smartusaha.com

* * *
Kepada rakan-rakan yang mahu memulakan perniagaan sendiri, bolehlah kaji pakej borong kerongsang sulam Swrovski keluaran Storyah Enteprise edisi kemaskini ini.

-----------------------------------------
Pakej Pemborong Edisi Kemaskini!
-----------------------------------------

Ingin memulakan perniagaan sendiri? Mari mulakan dengan produk keluaran Storyah Enterprise.

Insya-Allah, Storyah Enterprise akan memperkenalkan pakej pemborong edisi kemaskini untuk para pemborong pada tahun 2014.

Apa keistimewaan pemborong Storyah Enterprise?
Apabila sebut borong, ia mestilah belian dalam bentuk pukal yang melebihi harga dan bilangan tertentu dalam sesuatu urusniaga.

Apa yang saya akan dapat kalau memborong dengan Storyah Enterprise?
Pastinya, puan akan dapat membuat pembelian pada harga lebih rendah.
Tidak cukup dengan itu, kami meraikan setiap pemborong baru dengan memberi item berikut secara PERCUMA bagi belian borong kali PERTAMA sahaja:
1. Tray kerongsang
2. Plastik (70pcs)
3. Katalog

Berikut adalah julat harga dalam pakej pemborong edisi kemaskini ini:
1. RM375 - RM449.99, diskaun 20%
2. RM450 - RM669.99, diskaun 30%
3. RM670 & ke atas, diskaun 40%

**Harga ini tidak termasuk kos pos.

Selamat memborong!

Contoh pakej pemborong (bagi harga RM670) dimuatkan dalam pautan ini: 
Pakej Pemborong

-----
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Cik Rahmah di talian 011-1567 3645 (SMS/Whatsapp).


Terima kasih.

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape