Jul 22, 2015

July 23, 2015 at 08:42AM

Cerpen101 : Dari Cerpen Menjadi Buku Alhamdulillah, dapat berita baik pagi ini. Projek ini bermula daripada pesanan guru yang saya pegang sampai sekarang. Ya, saya akan ulang ia berkali-kali walaupun semua orang sudah menyampah apabila membaca ayat yang sama di wall saya ini. Apa pesanannya? "Hasilkan 30 cerpen yang diterbitkan sebelum kamu mula menulis novel." Pesanan ini juga ditulis dalam naskhah ATC, di bawah subtajuk 'Mereka bermimpi dan bercerita.' Saya panjangkan hasrat itu kepada, 'Dari Cerpen Menjadi Buku.' Alhamdulillah, ada jalan yang terbuka. Mahu terus lurus di laluan ini, semoga diizinkan Allah. Amin. Juga saya mahu khabarkan, ada projek sedang berjalan dengan working title Wanita & Rezeki. Kerjasama bersama dua rakan penulis yang hebat, Puan Farizah Shamsudin dan Puan Nurul Badriyah Ali. Mohon doa sahabat-sahabat, supaya prosesnya lancar. *** Buku Aku Terima Cintanya (ATC) diterima baik oleh para pembaca perempuan kerana 'real' kisah cinta sebelum dan selepas berkahwin. Syawal merupakan berita baik kepada para penulisnya, Cik Puan Rahmah Mokhtar dan Tuan Abdul Muiez Ruslee kerana buku ini berada di pintu utama kedai buku POPULAR di Sunway Putra Mall berhadapan PWTC. Buku yang disahkan 'halal' masuk ke kawasan sekolah oleh guru-guru sekolah. Jarang benar kita dengar buku 'cinta' lepas masuk kawasan pagar sekolah. Tak percaya, tanya Puan Husna Adnan yang juga membawa buku-buku ini kepada para pembaca. Boleh PM beliau juga jika ingin dapatkan secara online. *** Insya-Allah, para penulis sedang membina momentum bagi proses penulisan sekuel ATC yang dijadualkan bermula September 2015. Sedikit pendedahan, kami akan bekerjasama dengan seorang penulis prolifik merangkap guru kami untuk naskhah sekuel nanti. Insya-Allah, mohon doakan kelancarannya.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape